Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Lapangan_Terbang_Antarabangsa_Senai

Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaitu Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.

Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.

Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.

Destinasi-destinasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa SenaiPemandangan di dalam balai menunggu perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor, Malaysia.